Tuesday, 8 September 2015

PROSES MENULIS NOMBOR DI DAM GERGASI ARRAUDHAH

Tapak dam gergasi yang telah siap di cat akhirnya memasuki fasa menulis nombor dalam bahasa Arab dan juga dam tersebut dihias dengan tali dan tangga.  Dam gergasi ini telah dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Islam dengan diketuai oleh Puan Umi Suraiya dan Puan Masnita.






Dadu gergasi yang dihasilkan oleh Puan Masnita

PENGLIBATAN GURU BUKAN ISLAM

Surau Arraudhah SK Intan Baiduri sangat bertuah kerana selain daripada guru-guru Islam, guru bukan Islam juga turut sama-sama membantu dalam menceriakan surau Arraudhah.  Bantuan yang dilakukan oleh guru-guru ini ialah dengan membantu mengangkut barangan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan juga mengecat batu bata.  Guru-guru tersebuat ialah Puan Balbinder Kauar dan Puan Rebecca Anak Nira






Monday, 7 September 2015

RISALAH ARRAUDHAH BULAN SEPTEMBER

TAJUK: 5 KEMAKSIATAN YANG DISEGERAKAN BALASAN OLEH ALLAH


Menghampiri akhir zaman, semua jenis kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya dari maksiat itu. 

Dari Ibnu Umar Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SUBHANAHU wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang terdahulu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan / ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka

3. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala

4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri. "(HR. Ibnu Majah)

Keterangan Hadits di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Tha'un (berjangkit seperti kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan dari rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat.

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Tuesday, 1 September 2015

PERMAINAN DAM GERGASI ARRAUDHAH

Penambahan inovasi yang lain pada tahun 2015 ini ialah dengan guru-guru Pendidikan Islam telah bekerjasama menghasilkan dam gergasi.  Dam ini masih dalam proses untuk menyiapkannya. Gambar-gambar penghasilan dam gergasi ini.



Gambar-gambar penyediaan tapak dam gergasi









CUBA TEKA???

Antara inovasi yang akan dilakukan untuk surau Arraudhah bagi tahun ini ialah dengan penghasilan ________________ ini.  Cuba teka apakah benda ini????




RISALAH ARRAUDHAH BULAN JULAI DAN OGOS

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA (RISALAH BULAN JULAI)

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada  
    orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber
    keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan  
   kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada
   ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah
    orang yang terhina di antara mereka.


10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti
      kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata
      tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum
      lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat
      (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain ".



H.R Termizi

keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


AKHIR ZAMAN: UDARA TERCEMAR ( RISALAH BULAN OGOS )

Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda;" Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang jahat berani melawan orang-orang baik, "(HR. Thabrani).

Keterangan di antara tanda-tanda kiamat ialah: 
(1) Bila anak menjadi sebab kemarahan orang tuanya. 

(2) Bila hujan berkurang, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar (menjadi kotor). 

(3) Orang jahat bertambah ramai dan dorongan untuk membuat kejahatan sangat ramai. 

 (4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya. 

(5) Anak sudah berani melawan orang tua. 

(6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak malu terhadap mereka.