Facebook Surau Arraudhah SKIB. Klik link untuk layaei Facebook kami.
https://www.facebook.com/Arraudhah-SKIB-929803920368278/timeline/
Sunday, 4 October 2015
Tuesday, 8 September 2015
PROSES MENULIS NOMBOR DI DAM GERGASI ARRAUDHAH
Tapak dam gergasi yang telah siap di cat akhirnya memasuki fasa menulis nombor dalam bahasa Arab dan juga dam tersebut dihias dengan tali dan tangga. Dam gergasi ini telah dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Islam dengan diketuai oleh Puan Umi Suraiya dan Puan Masnita.
Dadu gergasi yang dihasilkan oleh Puan Masnita
PENGLIBATAN GURU BUKAN ISLAM
Surau Arraudhah SK Intan Baiduri sangat bertuah kerana selain daripada guru-guru Islam, guru bukan Islam juga turut sama-sama membantu dalam menceriakan surau Arraudhah. Bantuan yang dilakukan oleh guru-guru ini ialah dengan membantu mengangkut barangan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan juga mengecat batu bata. Guru-guru tersebuat ialah Puan Balbinder Kauar dan Puan Rebecca Anak Nira
Monday, 7 September 2015
RISALAH ARRAUDHAH BULAN SEPTEMBER
TAJUK: 5 KEMAKSIATAN YANG DISEGERAKAN BALASAN OLEH ALLAH
Menghampiri akhir zaman, semua jenis
kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis
yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan
balasannya dari maksiat itu.
Dari
Ibnu Umar Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai
kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah
mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung
dengan Allah SUBHANAHU wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum
sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit
di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka
akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang
terdahulu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan /
ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan
kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka
3. Dan tidak menahan mereka akan zakat
harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak
ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak
akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji
Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang
akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka
tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu
menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan
bencana di kalangan mereka sendiri. "(HR. Ibnu Majah)
Keterangan Hadits di atas menerangkan
bahawa:
1. Penyakit Tha'un (berjangkit seperti
kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.
2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman
pimpinan adalah disebabkan dari rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan
timbangan.
3. Kemarau panjang disebabkan tidak
mengeluarkan zakat.
4. Kuasa musuh mengambil sebahagian dari
apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan
kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala.
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan
kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa
Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
Tuesday, 1 September 2015
PERMAINAN DAM GERGASI ARRAUDHAH
Penambahan inovasi yang lain pada tahun 2015 ini ialah dengan guru-guru Pendidikan Islam telah bekerjasama menghasilkan dam gergasi. Dam ini masih dalam proses untuk menyiapkannya. Gambar-gambar penghasilan dam gergasi ini.
Gambar-gambar penyediaan tapak dam gergasi
CUBA TEKA???
Antara inovasi yang akan dilakukan untuk surau Arraudhah bagi tahun ini ialah dengan penghasilan ________________ ini. Cuba teka apakah benda ini????
RISALAH ARRAUDHAH BULAN JULAI DAN OGOS
15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA (RISALAH BULAN JULAI)
Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah
saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara,
maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada
orang-orang
tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber
keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan
kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada
ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam
masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah
orang
yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti
kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata
tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum
lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat
(menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka
menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi
makhluk lain ".
H.R Termizi
keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala
apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke
peringkat akhir.
AKHIR ZAMAN: UDARA TERCEMAR ( RISALAH BULAN OGOS )
Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku
mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda;" Tidak akan
terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu
bapanya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi
panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurangan orang
yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang
jahat berani melawan orang-orang baik, "(HR. Thabrani).
Keterangan di antara tanda-tanda kiamat
ialah:
(1) Bila anak menjadi sebab kemarahan
orang tuanya.
(2) Bila hujan berkurang, cuaca menjadi
panas dan udara telah tercemar (menjadi kotor).
(3) Orang jahat bertambah ramai dan
dorongan untuk membuat kejahatan sangat ramai.
(4)
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang
sewajarnya.
(5) Anak sudah berani melawan orang
tua.
(6) Orang-orang yang jahat berani melawan
orang-orang yang baik dan tidak malu terhadap mereka.
RISALAH ARRAUDHAH BULAN MEI DAN JUN
BERKAT SOLAT KHUSYUK DAN TUMA'NINAH (RISALAH BULAN MEI)
Tidak ada yang meragukan manfaat solat
untuk kesihatan badan. Salah satu manfaatnya ialah untuk kesihatan tulang
belakang. Sebuah kajian di Universiti Winscosin, Amerika Syarikat berkata,
solat dengan Tumaninah akan menyembuhkan sakit belakang yang kronik.
Sesungguhnya segala sesuatu yang
diciptakan Allah tiada yang sia-sia, bahkan jika mampu mensyukurinya akan
menambah iman seseorang.
Itulah yang difirmankan Allah dalam surat
Ali Imran 191, "Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil
berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan bertafakur tentang
penciptaan langit dan bumi hingga (bersyukur). Ya Tuhan kami sungguh tiada yang
sia-sia atas apa yang Engkau ciptakan. Maha Suci Engkau, maka pelihara kami
dari seksa neraka. "
Di dalam solat ada dua aspek manfaat iaitu
manfaat fizikal atau jasmani dan rohani atau spiritual. Manfaat fizikal dilhat
dalam gerakan-gerakan solat yang tumaninah, sedangkan manfaat rohani dilihat
dari kekhusyukan solat yang dilakukan.
Manfaat atau fadilah tersebut terangkum seperti
yang disampaikan sebelumnya. Oleh kerana itu sangat penting melakukan solat
dengan tumaninah dan khusyuk sehingga yang melakukan solat akan mendapat
fadillah seperti yang dibuktikan ilmu pengetahuan dan dijanjikan Allah.
Ada empat gerakan pokok di dalam solat,
iaitu: Qiyam (berdiri tegak), Rukuk (membungkukkan tubuh), sujud (meletakkan 7
rukun sujud di sejadah) dan duduk (diantara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat
akhir).
Masing-masing gerakan jika dilakukan
dengan cara yang betul atau tumaninah akan memberikan kesan yang hebat bagi
tubuh kita.
Qiyam adalah gerakan awal solat berupa
berdiri tegak dengan kedua kaki agak direnggangkan dan kedua-dua hujung luar
kaki (jari kelima) bersentuhan dengan sebelahnya jika dalam solat berjemaah.
Kedua tangan didekapkan dengan tangan
kanan diatas tangan kiri dan diletakkan di atas pusar.
Dalam kedudukan seperti ini secara fizikal
pengucupan otot tangan, siku dan aliran fisiologi darah dalam kedudukan rehat
dan keseimbangan yang akan memberi manfaat bagi melancarkan pergerakan sendi
yang boleh menghalang simpulan sendi (joint stiffnes).
Kemudian dengan niat dan takbiratul ikhram
yang khusyuk akan memberikan manfaat ketenangan batin yang akan menimbulkan
peningkatan endorphin yang merangsang keberkesanan dan pembentukan tenaga.
Ia juga meningkatkan kadar sel darah
Eosinophil yang sangat berperanan dalam fungsi kekebalan tubuh. Gerak balas
tubuh yang lain juga menurunkan kadar hormon cortison darah yang jika kadarnya
rendah akan mencegah risiko kerosakan organ.
Tiga kesan ini juga telah dibuktikan
dengan penelitian Disertasi dari DR. M. Soleh dari Universita Airlanga. Beliau
telah meneliti ketiga kadar zat tubuh tersebut pada dua kumpulan pelajar yang
solat tahajud dimana satu kumpulan diajarkan dengan cara khusyuk dan kumpulan
lain dibiarkan solat seperti biasa.
Kedudukan kedua adalah gerakan rukuk.
Rukuk yang tumaninah sesuai ialah contoh Nabi adalah posisi dimana tulang
punggung tegak 90 darjah. Kedudukan kepala tidak boleh lebih tinggi atau lebih
rendah dari bahu. Kedua tangan diletakkan di kedua-dua lutut seolah menggemgam
tempurung lutut.
Disebutkan dalam Hadith Riwayat Al
Baihaqi dan Darquthi, "Sesungguhnya Nabi SAW, ketika rukuk, beliau membuka
(meregangkan jari-jarinya) dan apabila sujud merapatkan jari-jarinya."
Kedudukan
sempurna atau tumaninah seperti itu, memberikan kesan kesihatan yang sangat
menguntungkan bagi kesihatan tulang belakang. Dalam kedudukan rukuk tumaninah
otot rangka sepanjang tulang belakang menjadi lebih rileks tanpa beban dari
berat tubuh.
Daripada
kajian yang dilakukan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya,
dapat dibuktikan bahawa kedudukan sempurna rukuk berperanan dalam melambatkan
proses degeneratif dengan meningkatkan pertumbuhan semula tisu baru dan juga
menjaga keseimbangan cecair sel dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Kedudukan
rukuk tumaninah juga menunjukkan aktiviti otot lumbosacral ke 4 dan 5
(buku tulang pinggang) menjadi lebih rileks. Pada awal pergerakan rukuk
otot-otot pinggang mengecut kemudian setelah mencapai kedudukan sempurna akan
menjadi rileks.
Kedudukan
seperti ini juga (rukuk tumaninah) dapat menambah kelonggaran 'spinal canal'
atau saluran saraf tulang belakang, hal ini akan mengurangkan risiko mampatan
saraf.
Gerakan
berulang seperti itu juga akan meningkatkan fleksibiliti tulang belakang yang
penting untuk kelenturan dalam menyokong beban dari tubuh.
WANITA ISLAM PERTAMA MATI SYAHID ( RISALAH BULAN JUN )
Orang yang syahid buat
pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti
Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah
untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal,
Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur
syahid.
Siapakah Sumayyah binti
Khabbab?
Sumayyah binti
Khabbab@Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah
iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari
kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu.
Perwatakan beliau yang
baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup
disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam.
Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu
Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang
bernama Ammar ibn Yasir.
Sumayyah sekeluarga
merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh
junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih
dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan
kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya
mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan
oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Nabi Muhammad yang
melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap
pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh,
lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui
dakwah dan jihad belum dapat dilakukan.
Baginda hanya mampu
bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan
syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga
sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh
Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita
pertama Islam yang gugur mati syahid.
Sumbangan Sumaiyah amat
bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
- Pertama, berani
menyatakan yang hak.
- Kedua, sanggup
mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
-Ketiga, memberi imej
yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
-Keempat, memperteguh
keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah
sekeluarga
* Kaki dan
tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
* Rumah
mereka dibakar
* Dicucuk
dengan besi panas
* Ditikam
dengan lembing
* Dicungkil
biji mata
* Dibenam
ke dalam air
RISALAH ARRAUDHAH BULAN MAC DAN APRIL
ZAMAN YANG RASULULLAH TAKUTI ( RISALAH BULAN MAC )
Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan
Akhir Zaman Petanda Kiamat
Untuk renungan bersama…
Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak,
maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR
Muslim)
Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda
Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang
fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada
pula orang alim yang fasik]
Namanya Saja Islam
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau
berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana
tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari
Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong
daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah
langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka
jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)
Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau
berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah
umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta,
sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut
mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan
maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)
Ulama Tidak Dipedulikan
Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a.
Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku
dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama
sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi.
Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR
Ahmad)
.
Ulama Agama Semakin Berkurang
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a.
Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT
tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia.
Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila
telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan
memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu
ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR
Muslim)
KISAH SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BUTA ( RISALAH BULAN APRIL)
Ada
seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada
sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis:“Saya buta, tolonglah.”
Terdapat
hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba –
tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau
mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke
dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling,
dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap
orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda
tersebut.
Tidak
lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada
budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda
tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut.
Kanak-kanak
buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah
tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis?
Lelaki
itu berkata, “Saya hanya
menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang
berbeza.”
Apa yang
dia telah tulis: “Hari ini
adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda
pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua
tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda
pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai
mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua
yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang
mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]
RISALAH ARRAUDHAH BAGI TAHUN 2015
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN ( RISALAH BULAN JANUARI )
OTAK, seperti yang kita ketahui, juga
bekerja sebagaimana anggota badan kita yang lain bekerja. Namun, mungkin tanpa
kita sedari, ada beberapa kebiasaan dan pekerjaan kita yang boleh membuat otak
kita jadi rosak. Berikut adalah beberapa di antaranya:
1. Tidak Sarapan Pagi
Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi
mempunyai kadar gula darah yang rendah, yang akibatnya bekalan nutrisi ke otak
menjadi kurang.
2. Makan Terlalu Banyak
Terlalu banyak makan, apalagi yang kadar
lemaknya tinggi, dapat berakibat mengerasnya pembuluh darah otak karena
penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. Akibatnya kemampuan kerja
otak akan menurun.
3. Merokok
Zat dalam rokok yang terhisap akan
mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit
Alzheimer.
4. Pengambilan gula terlalu banyak
Pengambilan gula yang terlalu banyak akan
menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi, sehingga terjadi ketidakseimbangan
pemakanan yang akan mengganggu perkembangan otak
5. Pencemaran Udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam
badan manusia. Menghirup udara yang tercemar menurunkan bekalan oksigen ke otak
sehingga dapat menurunkan efisiensi otak.
6. Kurang Tidur
Otak memerlukan tidur sebagai masa berehat
dan memulihkan kemampuannya. Kekurangan tidur dalam jangka waktu lama akan
mempercepat kerosakan sel-sel otak.
7. Menutup kepala ketika tidur
Kebiasaan tidur dengan menutup kepala
meningkatkan kepekatan zat karbondioksida dan menurunkan kepekatan oksigen yang
boleh menimbulkan kesan kerosakan pada otak.
8. Menggunakan fikiran ketika sakit
Bekerja terlalu keras atau memaksakan untuk
menggunakan fikiran kita semasa sedang sakit dapat menyebabkan berkurang keberkesanan
otak serta boleh merosakkan otak.
9. Kurang merangsang minda
Berfikir adalah cara yang paling tepat
untuk melatih otak kita. Kurangnya rangsangan pada otak boleh menyebabkan
mengkerutnya otak kita.
10. Jarang berkomunikasi
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu
cara memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual boleh mencetuskan kecekapan otak. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang
terlatih.
5 HAK ISTERI DALAM DUIT SUAMI ( RISALAH BULAN FEBRUARI )
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami
perlu sediakan 5 nafkah ini
1) makan minum isteri.
��duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah
RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia
bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
��duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini
termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal
dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala
bil berkaitan rumah.
~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
***********************
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu
bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami
ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala
keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi
tu kita bersyukurlah.
Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat
dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk
amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila
memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam
untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak
makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang
khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh
mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula,
jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna
potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis
tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk
kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti
awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap
malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada
teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami
cakap macam tu takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api juga
membentengkan kita daripada api neraka.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)