Menghampiri akhir zaman, semua jenis
kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis
yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan
balasannya dari maksiat itu.
Dari
Ibnu Umar Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai
kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah
mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung
dengan Allah SUBHANAHU wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum
sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit
di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka
akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang
terdahulu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan /
ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan
kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka
3. Dan tidak menahan mereka akan zakat
harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak
ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak
akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji
Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang
akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka
tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu
menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan
bencana di kalangan mereka sendiri. "(HR. Ibnu Majah)
Keterangan Hadits di atas menerangkan
bahawa:
1. Penyakit Tha'un (berjangkit seperti
kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.
2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman
pimpinan adalah disebabkan dari rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan
timbangan.
3. Kemarau panjang disebabkan tidak
mengeluarkan zakat.
4. Kuasa musuh mengambil sebahagian dari
apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan
kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala.
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan
kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa
Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
No comments :
Post a Comment