Tuesday 8 September 2015

PROSES MENULIS NOMBOR DI DAM GERGASI ARRAUDHAH

Tapak dam gergasi yang telah siap di cat akhirnya memasuki fasa menulis nombor dalam bahasa Arab dan juga dam tersebut dihias dengan tali dan tangga.  Dam gergasi ini telah dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Islam dengan diketuai oleh Puan Umi Suraiya dan Puan Masnita.






Dadu gergasi yang dihasilkan oleh Puan Masnita

PENGLIBATAN GURU BUKAN ISLAM

Surau Arraudhah SK Intan Baiduri sangat bertuah kerana selain daripada guru-guru Islam, guru bukan Islam juga turut sama-sama membantu dalam menceriakan surau Arraudhah.  Bantuan yang dilakukan oleh guru-guru ini ialah dengan membantu mengangkut barangan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan juga mengecat batu bata.  Guru-guru tersebuat ialah Puan Balbinder Kauar dan Puan Rebecca Anak Nira






Monday 7 September 2015

RISALAH ARRAUDHAH BULAN SEPTEMBER

TAJUK: 5 KEMAKSIATAN YANG DISEGERAKAN BALASAN OLEH ALLAH


Menghampiri akhir zaman, semua jenis kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya dari maksiat itu. 

Dari Ibnu Umar Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SUBHANAHU wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang terdahulu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan / ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka

3. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala

4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri. "(HR. Ibnu Majah)

Keterangan Hadits di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Tha'un (berjangkit seperti kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan dari rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat.

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Tuesday 1 September 2015

PERMAINAN DAM GERGASI ARRAUDHAH

Penambahan inovasi yang lain pada tahun 2015 ini ialah dengan guru-guru Pendidikan Islam telah bekerjasama menghasilkan dam gergasi.  Dam ini masih dalam proses untuk menyiapkannya. Gambar-gambar penghasilan dam gergasi ini.



Gambar-gambar penyediaan tapak dam gergasi









CUBA TEKA???

Antara inovasi yang akan dilakukan untuk surau Arraudhah bagi tahun ini ialah dengan penghasilan ________________ ini.  Cuba teka apakah benda ini????




RISALAH ARRAUDHAH BULAN JULAI DAN OGOS

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA (RISALAH BULAN JULAI)

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada  
    orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber
    keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan  
   kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada
   ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah
    orang yang terhina di antara mereka.


10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti
      kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata
      tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum
      lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat
      (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain ".



H.R Termizi

keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


AKHIR ZAMAN: UDARA TERCEMAR ( RISALAH BULAN OGOS )

Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda;" Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang jahat berani melawan orang-orang baik, "(HR. Thabrani).

Keterangan di antara tanda-tanda kiamat ialah: 
(1) Bila anak menjadi sebab kemarahan orang tuanya. 

(2) Bila hujan berkurang, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar (menjadi kotor). 

(3) Orang jahat bertambah ramai dan dorongan untuk membuat kejahatan sangat ramai. 

 (4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya. 

(5) Anak sudah berani melawan orang tua. 

(6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak malu terhadap mereka.



RISALAH ARRAUDHAH BULAN MEI DAN JUN

BERKAT SOLAT KHUSYUK DAN TUMA'NINAH (RISALAH BULAN MEI)


Tidak ada yang meragukan manfaat solat untuk kesihatan badan. Salah satu manfaatnya ialah untuk kesihatan tulang belakang. Sebuah kajian di Universiti Winscosin, Amerika Syarikat berkata, solat dengan Tumaninah akan menyembuhkan sakit belakang yang kronik.

Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan Allah tiada yang sia-sia, bahkan jika mampu mensyukurinya akan menambah iman seseorang.

Itulah yang difirmankan Allah dalam surat Ali Imran 191, "Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi hingga (bersyukur). Ya Tuhan kami sungguh tiada yang sia-sia atas apa yang Engkau ciptakan. Maha Suci Engkau, maka pelihara kami dari seksa neraka. "

Di dalam solat ada dua aspek manfaat iaitu manfaat fizikal atau jasmani dan rohani atau spiritual. Manfaat fizikal dilhat dalam gerakan-gerakan solat yang tumaninah, sedangkan manfaat rohani dilihat dari kekhusyukan solat yang dilakukan.


Manfaat atau fadilah tersebut terangkum seperti yang disampaikan sebelumnya. Oleh kerana itu sangat penting melakukan solat dengan tumaninah dan khusyuk sehingga yang melakukan solat akan mendapat fadillah seperti yang dibuktikan ilmu pengetahuan dan dijanjikan Allah.

Ada empat gerakan pokok di dalam solat, iaitu: Qiyam (berdiri tegak), Rukuk (membungkukkan tubuh), sujud (meletakkan 7 rukun sujud di sejadah) dan duduk (diantara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir).

Masing-masing gerakan jika dilakukan dengan cara yang betul atau tumaninah akan memberikan kesan yang hebat bagi tubuh kita.

Qiyam adalah gerakan awal solat berupa berdiri tegak dengan kedua kaki agak direnggangkan dan kedua-dua hujung luar kaki (jari kelima) bersentuhan dengan sebelahnya jika dalam solat berjemaah.

Kedua tangan didekapkan dengan tangan kanan diatas tangan kiri dan diletakkan di atas pusar.

Dalam kedudukan seperti ini secara fizikal pengucupan otot tangan, siku dan aliran fisiologi darah dalam kedudukan rehat dan keseimbangan yang akan memberi manfaat bagi melancarkan pergerakan sendi yang boleh menghalang simpulan sendi (joint stiffnes).

Kemudian dengan niat dan takbiratul ikhram yang khusyuk akan memberikan manfaat ketenangan batin yang akan menimbulkan peningkatan endorphin yang merangsang keberkesanan dan pembentukan tenaga.

Ia juga meningkatkan kadar sel darah Eosinophil yang sangat berperanan dalam fungsi kekebalan tubuh. Gerak balas tubuh yang lain juga menurunkan kadar hormon cortison darah yang jika kadarnya rendah akan mencegah risiko kerosakan organ.

Tiga kesan ini juga telah dibuktikan dengan penelitian Disertasi dari DR. M. Soleh dari Universita Airlanga. Beliau telah meneliti ketiga kadar zat tubuh tersebut pada dua kumpulan pelajar yang solat tahajud dimana satu kumpulan diajarkan dengan cara khusyuk dan kumpulan lain dibiarkan solat seperti biasa.

Kedudukan kedua adalah gerakan rukuk. Rukuk yang tumaninah sesuai ialah contoh Nabi adalah posisi dimana tulang punggung tegak 90 darjah. Kedudukan kepala tidak boleh lebih tinggi atau lebih rendah dari bahu. Kedua tangan diletakkan di kedua-dua lutut seolah menggemgam tempurung lutut.

Disebutkan dalam Hadith Riwayat Al Baihaqi dan Darquthi, "Sesungguhnya Nabi SAW, ketika rukuk, beliau membuka (meregangkan jari-jarinya) dan apabila sujud merapatkan jari-jarinya."

Kedudukan sempurna atau tumaninah seperti itu, memberikan kesan kesihatan yang sangat menguntungkan bagi kesihatan tulang belakang. Dalam kedudukan rukuk tumaninah otot rangka sepanjang tulang belakang menjadi lebih rileks tanpa beban dari berat tubuh.

Daripada kajian yang dilakukan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, dapat dibuktikan bahawa kedudukan sempurna rukuk berperanan dalam melambatkan proses degeneratif dengan meningkatkan pertumbuhan semula tisu baru dan juga menjaga keseimbangan cecair sel dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Kedudukan rukuk tumaninah juga menunjukkan aktiviti otot lumbosacral ke 4 dan 5 (buku tulang pinggang) menjadi lebih rileks. Pada awal pergerakan rukuk otot-otot pinggang mengecut kemudian setelah mencapai kedudukan sempurna akan menjadi rileks.

Kedudukan seperti ini juga (rukuk tumaninah) dapat menambah kelonggaran 'spinal canal' atau saluran saraf tulang belakang, hal ini akan mengurangkan risiko mampatan saraf.

Gerakan berulang seperti itu juga akan meningkatkan fleksibiliti tulang belakang yang penting untuk kelenturan dalam menyokong beban dari tubuh.


WANITA ISLAM PERTAMA MATI SYAHID ( RISALAH BULAN JUN )

Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Siapakah Sumayyah binti Khabbab?

Sumayyah binti Khabbab@Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu.

Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan.

Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:

- Pertama, berani menyatakan yang hak.

- Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.

-Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.

-Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.


Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

    * Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
    * Rumah mereka dibakar
    * Dicucuk dengan besi panas
    * Ditikam dengan lembing
    * Dicungkil biji mata
    * Dibenam ke dalam air




RISALAH ARRAUDHAH BULAN MAC DAN APRIL

ZAMAN YANG RASULULLAH TAKUTI ( RISALAH BULAN MAC )

Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Petanda Kiamat

Untuk renungan bersama…

Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

Namanya Saja Islam

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)

Ulama Tidak Dipedulikan
Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)
.
Ulama Agama Semakin Berkurang
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)

KISAH SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BUTA ( RISALAH BULAN APRIL)

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis:“Saya buta, tolonglah.”

Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut.
Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis?

Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

RISALAH ARRAUDHAH BAGI TAHUN 2015

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN ( RISALAH BULAN JANUARI )

OTAK, seperti yang kita ketahui, juga bekerja sebagaimana anggota badan kita yang lain bekerja. Namun, mungkin tanpa kita sedari, ada beberapa kebiasaan dan pekerjaan kita yang boleh membuat otak kita jadi rosak. Berikut adalah beberapa di antaranya:

1. Tidak Sarapan Pagi
Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai kadar gula darah yang rendah, yang akibatnya bekalan nutrisi ke otak menjadi kurang.

2. Makan Terlalu Banyak
Terlalu banyak makan, apalagi yang kadar lemaknya tinggi, dapat berakibat mengerasnya pembuluh darah otak karena penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. Akibatnya kemampuan kerja otak akan menurun.

3. Merokok
Zat dalam rokok yang terhisap akan mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula terlalu banyak
Pengambilan gula yang terlalu banyak akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi, sehingga terjadi ketidakseimbangan pemakanan yang akan mengganggu perkembangan otak

5. Pencemaran Udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghirup udara yang tercemar menurunkan bekalan oksigen ke otak sehingga dapat menurunkan efisiensi otak.

6. Kurang Tidur
Otak memerlukan tidur sebagai masa berehat dan memulihkan kemampuannya. Kekurangan tidur dalam jangka waktu lama akan mempercepat kerosakan sel-sel otak.

7. Menutup kepala ketika tidur
Kebiasaan tidur dengan menutup kepala meningkatkan kepekatan zat karbondioksida dan menurunkan kepekatan oksigen yang boleh menimbulkan kesan kerosakan pada otak.

8. Menggunakan fikiran ketika sakit
Bekerja terlalu keras atau memaksakan untuk menggunakan fikiran kita semasa sedang sakit dapat menyebabkan berkurang keberkesanan otak serta boleh merosakkan otak.

9. Kurang merangsang minda
Berfikir adalah cara yang paling tepat untuk melatih otak kita. Kurangnya rangsangan pada otak boleh menyebabkan mengkerutnya otak kita.

10. Jarang berkomunikasi
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu cara memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual boleh mencetuskan kecekapan otak. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.


5 HAK ISTERI DALAM DUIT SUAMI ( RISALAH BULAN FEBRUARI )

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

1) makan minum isteri.
��duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
��duit belanja dapur.

2) peralatan mandian

3) ubat ubatan / medical

4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.

5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~

***********************
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah.

Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api juga membentengkan kita daripada api neraka.