KISAH ASAL USUL HAJARUL ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan
yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan
pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai,
ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk
diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari
sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian
Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang
baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit,
tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi
Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya
beberapa kali.
Kemudian Nabi
Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" Nabi
Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku
dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar
Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang
tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih,
tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia
menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam. Apabila manusia
mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu
merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t..
Jagalah hati kita sewaktu mencium
Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya
syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin
Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu,
sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah
s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar
Aswad)."
No comments :
Post a Comment