KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat
beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat
kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah
setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.
Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil
mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah
kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata :
"Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya
telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam
perigi di belakang rumahnya. Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan
berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk
mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit
itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia
bertaubat dan mula mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
No comments :
Post a Comment