ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman
dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram.
Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri
wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan
secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan
bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan
lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ?
Demi Allah aku
tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan
seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan
bertanya,
"Bagaimana hal yang
merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika
suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang
anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada
adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu
?"
Lalu disuruh
adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa
ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di
sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga
mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba
bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk
tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit
badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal
di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku
tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan
bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat
hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat
membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir,
maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya
tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di
mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap
orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena
musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda
dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin,
jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga
baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan
hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap
Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu
termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum
taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.
" (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga
kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Kesabaran amat penting dalam kehidupan harian
ReplyDelete