BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab
masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda
itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu
menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya
Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan
tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah
mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya
ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah
S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki
yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan
itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor
ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular
itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu
Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan
aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya
sehingga sampai hari kiamat."
Lalu
para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat
ini?"
Berkata
ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila
dia mendengar azan, dia tidak
mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia
tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka
inilah balasannya.
No comments :
Post a Comment