RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
Syidad bin Ausi
berkata, “Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad s.a.w.sedang
menangis, lalu saya pun bertanya Baginda s.a.w.: “Ya Rasulullah,
mengapa anda menangis?”
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w.:”Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan
perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi
mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka.”
Rasulullah
s.a.w. bersabda lagi, “Para malaikat penjaga akan naik membawa amal
perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para
malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari
dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh.”
Malaikat yang
diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,“Berdirilah kamu
semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua
anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada
Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak
dikehendaki untuk Tuhan
selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah
s.w.t.).”
“Berlaku riak
di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi
sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di
kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan
amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya.”
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang
soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua
aling-aling dan sampai kepadaAllah s.w.t.
Mereka berhenti di hadapan Allah
s.w.t. dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang
betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Kemudian Allah
s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Kamu semua adalah para
malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku,
sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya
dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala
sesuatu di langit.”
Terima Kasih segala maklumat yang diberi.
ReplyDelete