RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat
khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu'
zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan
batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa,
iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.
Sementara
wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1.
Bertaubat
2. Menyesali
dosa yang dilakukan
3.Tidak
tergila-gilakan dunia
4.Tidak
mencari / mengharap pujian
orang (riya')
5. Tinggalkan
sifat berbangga
6.Tinggalkan
sifat khianat dan
menipu
7.
Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t.
ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat
maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah
berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan
baik.
No comments :
Post a Comment