HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa
dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan
dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya
Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah
engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya,
saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke
rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu
memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya
hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk
agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab
itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam
perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam
hatinya :
"Berat
juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untuk
berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani
engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia
berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W.
dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau
aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.
Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai
orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu
terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah
dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam
perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari
hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan
kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke
akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
bestnya ceta
ReplyDelete